كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ وَأَشَارَ مَالِكٌ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى

“Orang yang menangung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.”

Anak yatim juga manusia biasa, cuma nasib yang tidak menyebelahi mereka, kehilangan ibu bapa di waktu usia tengah menginjak dewasa. Namun itu tidak bermakna mereka keseorangan, menjadi tanggung jawab kita untuk berkasih sayang antara satu sama lain.

Anak yatim ini terlalu istimewa, mereka bagaikan sumber cahaya untuk kita terus melakukan kebaikan. Menyayangi mereka bukan hanya sekadar memberi makan ketika berbuka puasa dan sahur, malah mereka juga layak untuk mendapat tempat perlindungan dan pendidikan yang sebaiknya bagi memastikan masa depan mereka lebih terjamin. 

Yayasan Maghfirah ingin memastikan 5,000 orang anak yatim di 100 pusat perlindungan dan jagaan anak-anak yatim (seluruh Malaysia) ini mempunyai kelengkapan yang lengkap, bukan hanya dari segi pemakanan, malah dari segi pendidikan juga perlu diutamakan. Anggaran kos yang diperlukan untuk projek SEERAT 2 JARI ini bernilai RM4 juta.

Antara Bantuan yang di perlukan untuk projek Seerat 2 Jari

Yayasan Maghfirah telah ditubuhkan pada 10 Januari 2018 dan berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dengan nombor pendaftaran PPAB-04/2018. 

Yayasan ini mempunyai satu matlamat yang jelas iaitu untuk menjadi yayasan yang terunggul di dalam usaha mengislah umat di Malaysia. Kami mengfokuskan usaha kami kepada tiga teras yang utama iaitu pendidikan, kebajikan dan dakwah.

Semoga dengan usaha kami ini dapat melahirkan masa depan negara Malaysia yang cerah khususnya kepada umat Islam itu sendiri.

Dengan menggunakan tagline #ribuandoamenujusyurga. Kami berharap dapat meringankan beban kos setiap pusat perlindungan dan jagaan anak-anak yatim. Sesungguhnya doa anak yatim adalah doa yang paling mustajab. Setiap kali kebaikan yang anda lakukan pasti akan didoakan oleh mereka.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang mengikut sertakan seorang anak yatim diantara dua orang tua yang muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk syurga.” – HR Thabrani

Islam sangat memuliakan ANAK YATIM, sehingga Allah menyebut kata “Yatim” dalam Al-Quran sebanyak 23 kali.

Sungguh istimewa anak-anak yatim ini. 

Ayuh menyumbang ke Yayasan Maghfirah
Atau transfer secara  manual ke account bank – Maybank/CIMB di bawah.

MAYBANK: 562263552802

CIMB: 8603221427

***Letak rujukan “taja anak yatim

“Orang yang memelihara anak yatim di kalangan umat Muslim, memberikannya makan dan minum, pasti Allah akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)